Tuesday, March 9, 2010

VISUAL DAN GRAFIK

Dalam banyak-banyak sumber pengajaran dan pembelajaran, visual dan grafik adalah yang paling mudah digunakan. Ianya mudah diperolehi dan jika digunakan dengan betul dan dalam masa yang sesuai, ianya akan menjadi satu alat komunikasi yang sangat berkuasa dalam proses pengajaran, tanpa mengira samada anda menggunakannya untuk media bukan unjuran seperti poster atau media unjuran seperti lutsinar dan persembahan komputer.

Bagi membolehkan kita memanfaatkan kuasa bahan visual ini dalam pengajaran dan pembelajaran prinsip-prinsip komunikasi visual yang berkesan perlulah diberi perhatian.

Radio ataupun rakaman audio dan televisyen adalah dua teknologi audio visual dalam pendidikan yang paling ketara. Kepentingan audio dalam bilik darjah tidak boleh diperkecilkan kerana secara purata pelajar sekolah (rendah dan menengah) menghabiskan 50% daripada masanya di Sekolah mendengar, sementara pelajar kolej atau university menghabiskan 90% daripada masanya didalam kelas mendengar. (Heinich, et.al, 1996)

No comments:

Post a Comment