Tuesday, March 9, 2010

PRINSIP

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1) Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
2) Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
3) Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
4) Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
5) Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
6) Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
7) Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
8) Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
9) Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

No comments:

Post a Comment