Tuesday, March 30, 2010

ermmm..

kerja yang sepatutnya dilakukan secara berkumpulan tapi hanya aku je yang buat? adakah ia masih dianggap kerja berkumpulan? dan layakkah "ahli lelap" dapat markah atas usaha aku??? persoalan...

walau xsebagus mana video tu tapi aku ada usaha utk siapkannya.. samada lec nak trime atau tidak itu terpulang lah.. tapi.. aku tahu bertapa payah, susahnya buat bentu.. 1st time wat..xpasal1 windows movie maker aku corruptd.. dan xpasal2 laptop aku hang.. skrg ni jadi slow..=(. tapi ada mereka kesah? oh... tidak sama sekali.. then.. utk kedua kali aku buat lagi.. dan ada mereka nak amek tau? huhu.. tidak juga.. ermmm... mungkin mereka sibuk.. huhu.. ye ler aku je yg xde keja kat dunia ni.. jgn kate nak bantu.. nak bertanya pon tidak.. tup2.. pagi2 msg tnya dah siap belom... what the #%^%^&&*.. xpe2..

seandainya usaha aku dipertikaikan.. akan ku kabarkan pada dunia.. hahhahahaha...
tapi zalim pula aku jika kau buat begitu..ermm...

xpelah haslila.. sabarlah ya.. setiap kesusahan psati akan ada kesenangan.. dan Allah sdg uji kamu.. sabar kamu.. pertimbangan kamu.. dan kemanusiaan kamu..

LA TAHZAN...

Tuesday, March 16, 2010

Assalamualaikum

hari nie.. 17 mac 2010.. td class tekno & inovasi.. sgt hampa=(. ssb nya menjadi hampa.. saya dan kawan2 group xdapat siapkan video@assgment yg En.jasmy bg.. sedih...group lain semua dah buat dan dah siap..ermm..

kepada En.Jasmy.. kami minta maaf sbb xdpt nak siapkan video tu..

Sunday, March 14, 2010

Muhammad Rasulullah Butterfly – Islamic Wallpaper

Thursday, March 11, 2010

ICT DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan ICT Di Malaysia

ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

SUMBER: BLOG CIKGU BLOGGING IN MALAYSIA

Tuesday, March 9, 2010

VISUAL DAN GRAFIK

Dalam banyak-banyak sumber pengajaran dan pembelajaran, visual dan grafik adalah yang paling mudah digunakan. Ianya mudah diperolehi dan jika digunakan dengan betul dan dalam masa yang sesuai, ianya akan menjadi satu alat komunikasi yang sangat berkuasa dalam proses pengajaran, tanpa mengira samada anda menggunakannya untuk media bukan unjuran seperti poster atau media unjuran seperti lutsinar dan persembahan komputer.

Bagi membolehkan kita memanfaatkan kuasa bahan visual ini dalam pengajaran dan pembelajaran prinsip-prinsip komunikasi visual yang berkesan perlulah diberi perhatian.

Radio ataupun rakaman audio dan televisyen adalah dua teknologi audio visual dalam pendidikan yang paling ketara. Kepentingan audio dalam bilik darjah tidak boleh diperkecilkan kerana secara purata pelajar sekolah (rendah dan menengah) menghabiskan 50% daripada masanya di Sekolah mendengar, sementara pelajar kolej atau university menghabiskan 90% daripada masanya didalam kelas mendengar. (Heinich, et.al, 1996)

TEKNOLOGI MEMUDAHKAN SEMUA...


http://smpn29samarinda.files.wordpress.com/2009/03/internet-masuk-sekolah.jpg

LETIH LOR...


http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter8/images/gaozhong.jpg

CIRI-CIRI TEKNOLOGI YANG BAIK

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

1) Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
2) Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
3) Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
4) Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
5) Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

PRINSIP

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1) Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
2) Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
3) Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
4) Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
5) Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
6) Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
7) Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
8) Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
9) Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

1)Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
2)Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
3) Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
4)Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
5) Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
6) Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
7) Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
8) Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
9) Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

TAKRIFAN..

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"

(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"

(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Tuesday, January 26, 2010

Assalamualaikum

dah lame xmenulis di blog.. kali terakhir pd 2008... 2 tahun dah.. tapi utk subjek Teknologi dan Inovasi dlm Pendidikan, sya mengaktifkan semula blog ini.. huhu.. wajib.. 10% tu.. =). so, InsyaAllah, dlm blog ini, sya akn berkongsi dgn anda apa saje yg berkaitan dgn tekno & inovasi dlm pendidikan.. actually sya bersemagt utk sub ni coz dr kecik bercita2 nak jd cikgu=).. tpi xde rezeki nak amek edu..=(. so, utk persediaan (mane lah tau ada rezeki), sya perlulah mencari bahan2 yg berkaitan.. anda2 di luar sana sila lah bg support kat sya ya.. kongsi lah dgn saya (ilmu xbaik simpan sorg2. wajib disebarkan=)... ) selamat berkongsi...